Assalamualaikum w.b.t..
Berjumpa lagi kita untuk tugasan minggu ke-7 dan minggu ke-8.Pada minggu ini,kami dikehendaki mendapatkan analisis data melalui Statistical Package For Social Science (SPSS).Kami juga dikehendaki mencari dan belajar cara untuk menggunakan SPSS.
APA ITU SPSS?
SPSS adalah sebuah program aplikasi yang memiliki kemampuan menganalisis statistik yang cukup tinggi dan tepat.
Fail SPSS hanya boelh dibuka satu kali dalam suatu masa.Jika ia Fail kedua dibuka,maka fail yang dibuka sebelumnya akan terpadam dengan sendirinya.Setiap kali data dimasukkan dalam SPSS ia mestilah terus di 'save' supaya ia tidak hilang dan selamat jika berlaku sebarang gangguan pada komputer anda.
Langkah-langkah untuk memasukkan data kedalam SPSS:
1)Masukkan data/maklumat mengenai soal selidik yang dijalankan di VARIABLE VIEW;
(a)Tekan pada perkataan variable view.
(b)Pada perkataan NAME:Masukkan ID untuk mengenal pasti responden-responden.
(c)Perkataan TYPE:akan keluar secara automatik.
(d)WIDTH:Letakkan pada default 8.
(e)DECIMAL:Boleh diubah-ubah
(f)LABEL:Masukkan data/nama yang sebenar atau penuh pada colum ini.
(g)VALUES:Berikan nilai pada setiap jawapan.Contohnya;Lelaki (1) dan Perempuan (2)
(h)MISSING:Dibiarkan pada nilai kosong.
(i)COLUMNS:Biasanya diletakkan pada angka 8 tapi ia masih boleh dikurangkan mengikut variable.
(j)MEASURE:Pilih samaada ORDINAL,NOMINAL ATAUPUN SKALE berdasarkan kepada jenis-jenis soalan yang dibuat..
Setelah memasukkan data pada VARIABLE VIEW,saya dikehendaki memasukkan Data yang tepat yang telah dikutip daripada responden-responden pada DATA VIEW.
Langkah-langkah untuk memasukkan data pada DATA VIEW:
(a)Taip ID sampel.
(b)Masukkan angka yang sesuai dengan kod yang telah dimasukkan dalam VARIABLE VIEW.
(c)Setelah semua data dimasukkan kedalam View data ini,klik pada Data > Merge Files > Add Cases dan Add Variable dan pastikan kedua-duanya sama.
(d)Kemudian,Klik pada Browser dan kemudian klik File dan Open Files untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.Setelah itu,klik pada Variable untuk mengaktifkan variable tersebut dan melihat samaada ia sama atau tidak.
(e)Setelah selesai memasukkan semua data,Klik pada ANALYZE >DESCRIPTIVE STATISTICS >FREQUENCIES.Ini untuk mendapatkan gambarajah/graf tentang soal selidik.
(f)Kemudian masukkan satu persatu data ke dalam kotak Variable dan pilih Chart > Pai chart >Continue >Ok.Seperti gambarajah dibawah;
(g)Selepas itu,gambarajah akan dipaparkan dan menunjukkan bentuk graf mengikut maklumat yang telah diisi pada Data view.
Dalam bentuk jadual.
Dalam bentuk graf.
Akhir sekali setiap kumpulan diminta untuk menyiapkan repor atau laporan masing-masing..
Antara elemen yang ada dalam laporan tersebut ialah;
(1)Tujuan
(2)Abstract
(3)Pengenalan
(4)Kajian Lepasan
(5)Metalogi
(6)Finding
(7)Perbincangan
(8)Penutup
(9)Rujukan
Sekian dari saya untuk tugasan minggu ini..





No comments:
Post a Comment