Wednesday, 28 December 2011

Tugasan Minggu ke-11 dan minggu ke-12..

Impress

-Aplikasi yang bersifat Open Source.
-Boleh memuatturun secara percuma.
-Boleh digunakan dalam semua sistem operasi

Ciri-ciri Impress
-Dapat membuat persembahan yang dilengkapi dengan multimedia
-Kemampaun untuk menambah animasi dan kesan khas dalam persembahan
-Kemampauan membuat persembahan dala bentuk grafik,gambar ,note dan handout
-Menyimpan dokumen dalam format XML
-Dapat menambah flash dalam slaid yang ditayangkan



Saya telah membuat tugasan 7a menggunakan impress.
Maklumat dalam tugsan 5 digunakan untuk persembahan dalam impress yang telah saya buat.

Langkah pertama adalah dengan memilih tempalate.







Seterusnya pula dalam slide saya juga memilih layout yang sesuai untuk keberkesanan persembahan.









Seterusnya pula adalah tugasan 7b.
Tugasan 7b dibuat menggunakan Microsoft PowerPoint.Tugasan hampir saam dengan tugasan 7a.Teapi dalam tugasan 7b hendaklah diselitkan bebrapa eleman penting seperti:

-video ( perlu diedit di dalam Windows Movie Maker )
-gambar/grafik ( edit dalam Paint )
-animasi ( edit dalam Custom Animation ,GIMP )
-bunyi ( edit dalam Audacity )

Langkah-langkah untuk membuat movie maker..

1)Langkah pertama.




2)Langkah kedua ialah:


3)Langkah ketiga pula ialah;


4)Langkah seterusnya ialah tekan pada add Captain untuk masukkan perkataan pada gmbar tersebut..


5 Setelah itu untuk memasukkan lagu ke dalam movie maker ini..tekan pada Add music dan pilih lagu yang hendak dimasukkan dalam movie tersebut..




6)Selepas selesai menyiapkan movie maker ini.Ia perlu disimpan..Cara-cara untuk save ialah:







Sekian sahaja tugasan saya pada minggu ini..Pada mulanya ia agak rumit untuk dipelajari tetapi apabila ia dipelajari ia agak menarik dan mudah.Saya harap saya dapat menghasilkan video untuk diri saya sendiri.

Sunday, 11 December 2011

Minggu ke-9 dan Minggu ke-10

Pada minggu ini saya dikehendaki cara-cara untuk melukis dengan menggunakan Miscrosot Paint dalam menghasilkan Bronchure dan juga Booklets..Ini agak susah untuk dipelajari dan difahami.Namun begitu,pertolongan kawan-kawan yang sentiasa memberi bantuan dapat memudahkan saya untuk menghasilkan bronchure dan booklets.

Pertama saya,saya mempelajari 2D graphic editing software .


Antara 2D graphic editing software ialah MICROSOFT PAINT / PAINT BRUSH.

Melalui Microsoft Paint ini,kita boleh menghasilkan pelbagai picture yang kita kehendaki.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan Microsoft Paint , boleh klik    >>    Klik :)


Microsoft Paint

Windows menyediakan kemudahan pemprosesan gambar.Kemudahan ini menyediakan prasarana penggeditan gambar  yang cukup lengkap, seperti membuat garis lurus, melengkung, lingkaran, memberi warna, dan pengeditan teks, serta proses pencetakan. PAINT adalah program melukis grafik sederhana yang bersepadu dengan hampir kesemuaMicrosoft Windows.Juga dirujuk sebagai MS Paint atau Microsoft Paint. Program ini boleh membuka dan menyimpan gambar dalam pelbagai format, iaitu BMP, JPEG, GIF, PNG, dan TIFF. Langkah-langkah menjalankan Program Menggunakan Paint adalah:

1. Buka program Microsoft Paint dengan klik butang Start yang ada di taskbar laptop/computer.
2. Klik Menu All Program, Accessories, Paint
3. Paint akan dipaparkan

Dalam Paint ,terdapat menu yang disediakan pada baris menu yang digunakan dalam membuat mahupun mengeditgambar, iaitu:
Menu File : Berisikan beberapa arahan yang digunakan untuk menentukan segala aktiviti yang berkaitan dengan fail, iaitu:
• New, digunakan untuk mula dengan membuat fail baru
• Open, digunakan untuk membuka fail imej (. BMP dan. PCX)
• Save, digunakan untuk menyimpan gambar yang telah diedit
• Save As, digunakan untuk menyimpan gambar dengan nama lain
• Print Preview, digunakan untuk melihat gambar di skrin laptop
• Page Setup, digunakan untuk menetapkan kertas kerja yang digunakan untuk mencetak
• Print, digunakan untuk mencetak gambar
• Set as Wallpaper (tiled), untuk membuat wallpaper memenuhi skrin laptop
• Set as Wallpaper (centered), untuk membuat wallpaper tepat di tengah-tengah skrin laptop
• Exit, digunakan untuk keluar dari program Paint

Menu Edit

Keseluruhan kandungan menu ini digunakan untuk proses pengeditan suatu gambar yang ada dalam Paint.
• Undo, digunakan untuk membatalkan suatu proses yang terkini dilakukan
• Cut, digunakan untuk membuang teks / gambar untuk dipindahkan atau dibuang
• Copy, digunakan untuk membuat salinan  gambar / teks
• Paste, digunakan untuk menyalin gambar dari clipboard ke paint
• Paste From, digunakan untuk memasukkan gambar dari fail lain
• Clear Selection, membuang/ memadam  gambar yang sudah dipilih
• Select All, digunakan untuk memilih gambar

Menghasilkan gambar dengan Paint

Pada skrin Paint terdapat Toolbox yang mengandungi icon-icon kemudahan untuk menghasilkan gambar pada skrin, disamping juga palet warna untuk memilih warna-warna yang akan digunakan menghasilkan gambar yang baik. Berikut ini nama dan fungsi masing-masing icon pada Toolbox:

Warna foreground dan background boleh dipilih dari palet warna yang sama. Untuk memilih warna foreground selepas memilih tool gambar yang dikehendaki, klik kiri warna yang kita pilih. Manakala untuk memilih warna background klik kanan warna yang dikehendaki.



PENGENALAN
Power Point 2007 dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang mudah digunakan dan
difahami. Pada hakikatnya, menyediakan persembahan boleh manjadi suatu pengalaman yang menyeronokkan dengan menggunakan Power Point 2007.

Menyediakan Persembahan yang ringkas
Anda boleh menggunakanwizard, template dan ciri-ciri Power Point yang lain untuk menghasilkansuatu persembahan yang professional dengan segera.



Memulakan Microsoft Power Point

1. Klik butang START > PROGRAM >  dan klik pada Microsoft Power Point.




Seterusnya pula ialah Klik tab INSERT > ILLUSTATIONS RIBBON > dan klik SHAPES


Smart art Graphic.

Seterusnya lagi ialah GIMP ( OSS )




Perisian GIMP i ni perlu dimuat turun dari internet. Perisian ini dibekalkan secara percuma. Saya hanya perlu memuat naik perisian ini ke dalam laptop saya dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Setelah siap dimuat naik , perisian GIMP perlu dipasang dan akan terpapar skrin seperti di bawah.


Fungsi utama :

A. Melukis
Menyediakan alat melukis yang lengkap  termasuk Brush, Pencil, Airbrush, Clone, dan lain-lain.
Menyediakan berus dan pola sistem lukisan
Had memori yang  kecil sehingga saiz gambar hanya terhad kepada ruang yang sedia ada.
Jumlah gambar yang dapat dibuka pada satu masa  adalah  tidak terhad.

B. Animasi
GIMP dapat menyimpan animasi dalam format frame sebagai layer.Dalam GAP ( GIMP Animation Package ) terdapat navigation frame,Onion skin dan Bluebox.

C. Merekabentuk paparan untuk sesuatu laman web

D. Menambah baik , memperbaiki serta menyerlahkan lagi imej yang sedia ada.


Selain itu,google draw juga boleh digunakan.

Juga dikenali sebagai google SketchUp.











Paparan yang saya dapat apabila mula membuka OpenOffice Draw adalah seperti gambar di bawah



Penggunaan Microsoft Publisher


Tugasan seterusnya pula memerlukan saya menggunakan Microsoft Publisher.
Microsoft Publisher boleh digunakan untuk menghasilkan bahan penerbitan yang baik serta lengkap dengan kemudahan tools. Antara rekaan yang boleh dihasil menggunakan Microsoft Publisher ialah risalah.kad ucapan,katalog,buletin dan sebagainya.


Skrin seperti di atas akan terpapar apabila membuka Microsoft Publisher.

Tugasan menggunakan Microsoft Publisher ini memerlukan saya membuat risalah ( brochure ) . Risalah yang dibuat adalah berdasarkan tajuk Tugasan 1 iaitu Kemahiran Abad ke 21.

Untuk membuat risalah Kemahiran Abad ke 21 , saya membuka Microsoft Publisher. Caranya adalah seperti di bawah :


Tekan START > ALL PROGRAMS > MICROSOFT OFFICE > MICROSOFT PUBLISHER.


Seterusnya pula , akan keluar paparan seperti di bawah :


Tekan > BROCHURE dan paparan seterusnya akan keluar.




Di paparan ini,disediakan beberapa template yang boleh digunakan untuk membuat risalah. Saya telah memilih satu template dan seterusnya saya klik untuk create untuk meneruskan usaha saya bagi menghasilkan risalah yang diinginkan.

Ini merupakan template yang telah saya pilih :




Saya telah mengedit bahagian-bahagian dalam risalah ini untuk disesuaikan dengan tajuk risalah yang saya hasilkan.
Saya juga telah memasukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk risalah saya. Cara saya memasukkan gambar ke dalam risalah saya adalah seperti berikut :




Apabila selesai memasukkan gambar , saya mula bermain dengan tools yang lain seperti warna , tulisan dan sebagainya. . Ini adalah hasil bronchure yang telah kumpulan saya buat.



(Microsoft Publisher)










Tugasan seterusnya pula ialah membuat booklet.

Booklet hendaklah dibuat menggunakan Bookfold yang terdapat di dalam Microsoft Word.

1)Langkah pertama:





2)Langkah kedua ialah.. 






3)Langkah seterusnya ialah




Ini adalah hasil booklet yang telah saya dan pasangan saya lakukan.

Sekian sahaja tugasan yang telah saya lakukan untuk minggu ini.Saya berharap saya dapat MENGEXPLORE lebih lagi cara-cara untuk membuat bronchure  dan booklet ini.Harapan saya semoga saya dapat mempratikkan dan menggunakan pada masa akan datang dalam kerjaya saya..Sekian


Thursday, 8 December 2011

Tugasan minggu ke-7 dan ke-8

Assalamualaikum w.b.t..
Berjumpa lagi kita untuk tugasan minggu ke-7 dan minggu ke-8.Pada minggu ini,kami dikehendaki mendapatkan analisis data melalui Statistical Package For Social Science (SPSS).Kami juga dikehendaki mencari dan belajar cara untuk menggunakan SPSS.
 APA ITU SPSS?
   SPSS adalah sebuah program aplikasi yang memiliki kemampuan menganalisis statistik yang cukup tinggi dan tepat.

  Fail SPSS hanya boelh dibuka satu kali dalam suatu masa.Jika ia Fail kedua dibuka,maka fail yang dibuka sebelumnya akan terpadam dengan sendirinya.Setiap kali data dimasukkan dalam SPSS ia mestilah terus di 'save' supaya ia tidak hilang dan selamat jika berlaku sebarang gangguan pada komputer anda.
 Langkah-langkah untuk memasukkan data kedalam SPSS:
   1)Masukkan data/maklumat mengenai soal selidik yang dijalankan di VARIABLE VIEW;
       (a)Tekan pada perkataan variable view.
       (b)Pada perkataan NAME:Masukkan ID untuk mengenal pasti responden-responden.
       (c)Perkataan TYPE:akan keluar secara automatik.
       (d)WIDTH:Letakkan pada default 8.
       (e)DECIMAL:Boleh diubah-ubah
       (f)LABEL:Masukkan data/nama yang sebenar atau penuh pada colum ini.
       (g)VALUES:Berikan nilai pada setiap jawapan.Contohnya;Lelaki (1) dan Perempuan (2)


       (h)MISSING:Dibiarkan pada nilai kosong.
       (i)COLUMNS:Biasanya diletakkan pada angka 8 tapi ia masih boleh dikurangkan mengikut variable.
       (j)MEASURE:Pilih samaada ORDINAL,NOMINAL ATAUPUN SKALE berdasarkan kepada jenis-jenis soalan yang dibuat..
      Setelah memasukkan data pada VARIABLE VIEW,saya dikehendaki memasukkan Data yang tepat yang telah dikutip daripada responden-responden pada DATA VIEW.
 Langkah-langkah untuk memasukkan data pada DATA VIEW:
 (a)Taip ID sampel.
 (b)Masukkan angka yang sesuai dengan kod yang telah dimasukkan dalam VARIABLE VIEW.

  (c)Setelah semua data dimasukkan kedalam View data ini,klik pada Data > Merge Files > Add Cases dan Add Variable dan pastikan kedua-duanya sama.

  (d)Kemudian,Klik pada Browser dan kemudian klik File dan Open Files untuk menyimpan data yang telah dimasukkan.Setelah itu,klik pada Variable untuk mengaktifkan variable tersebut dan melihat samaada ia  sama atau tidak.
   (e)Setelah selesai memasukkan semua data,Klik pada ANALYZE >DESCRIPTIVE STATISTICS >FREQUENCIES.Ini untuk mendapatkan gambarajah/graf tentang soal selidik.


(f)Kemudian masukkan satu persatu data ke dalam kotak Variable dan pilih Chart > Pai chart >Continue >Ok.Seperti gambarajah dibawah;


(g)Selepas itu,gambarajah akan dipaparkan dan menunjukkan bentuk graf  mengikut maklumat yang telah diisi pada Data view.
Dalam bentuk jadual.
Dalam bentuk graf.

       (h)Setelah data ditukarkan kepada bentu graf.Semua jadual dan graf hendaklah ditukarkan atau dipindahkan pada Software Open Office Writer.Hal ini bertujuan untuk membuat report/laporan mengenai Soal selidik yang telah dijalankan ini.
    Akhir sekali setiap kumpulan diminta untuk menyiapkan repor atau laporan masing-masing..
Antara elemen yang ada dalam laporan tersebut ialah;
    (1)Tujuan
    (2)Abstract
    (3)Pengenalan
    (4)Kajian Lepasan
    (5)Metalogi
    (6)Finding
    (7)Perbincangan
    (8)Penutup
    (9)Rujukan
Sekian dari saya untuk tugasan minggu ini..

Wednesday, 26 October 2011

Tugasan Minggu Keenam
  Pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat borang soal selidik melalui survey monkey dan google doc berdasarkan tajuk yang kami pilih pada tugasan minggu ketiga dan minggu kelima...Antara pautan-pautan yang dicadangkan sebagai garis panduan untuk membuat soalan bagi soal selidik ialah
1)http://help.surveymonkey.com/euf/assets/docs/pdf/UserManual.pdf?nolntercept/1
2)http://smonkey.surveymonkey.com/tutorials/Survey%20Design?Survey Design.html
        Setelah mengetahui cara-cara untuk membuat soal selidik..Kemudian saya dikehendaki melayari laman sesawang  http://www.surveymonkey.com/,
          Langkah-langkah untuk membuat Survey Monkey:





      Kemudian tulis soalan mengenai tajuk tugasan masing-masing yang dipilih untuk disoal selidik..Selepas itu,paparkan pautan tersebut pada dinding Facebook..kumpul dan analisis data yang diperolehi daripada responden-responden.
       Selepas analisis diperolehi,pembetulan dilakukan berdasarkan respon daripada rakan-rakan untuk dibuat dalam google document..Antara langkah untuk membuat soal selidik menggunakan google document ialah
 1) mendaftar masuk menggunakan akaun gmail.


 2)Kemudian tekan pada 'Document' dan tekan pada perkataan 'Create' kemudian pilih 'Form'
3)Setelah itu,tekan pada simbol ADD ITEM dan pilih MULTIPLE CHOICE.



4)Kemudian masukkan soalan mengenai soal selidik dan jangan lupa untuk nyatakan Tajuk Soal selidik itu dan ceritakan serba sedikit mengenai tujuan Soal selidik ini dilakukan.
 5)Setelah itu, copy Link tersebut dan paparkan pada dinding Facebook untuk maklum balas daripada rakan-rakan kelas.
       Setelah itu,tambah atau kongsi link bagi survey monkey dan google document dalam yahoogroup melalui emel Dr Siti Fatimah atau dalam http://tech.groups.yahoo.com/group/ge1155-2011/limks/Assignment%205%20mini%20research%20001318731681/

Wednesday, 19 October 2011

Minggu Kelima..
     Assalamualaikum semua
Minggu ini kami ditugaskan untuk mencari jurnal-jurnal di 'e-journal' di laman sesawang Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL),antara laman sesawang yang disyorkan ialah http://www.ukm.my.library/%20,http://www.ezplib.ukm.my/login dan http://scholar.google.com.my.selain/ itu,kami juga diminta untuk mencari artikel di http://books.google.com/ dan kemudian artikel berkenaan boleh disimpan di 'library'dengan mendaftar masuk menggunakan 'akaun google'.
    Kemudian jurnal dan artikel yang kite cari ini di paparkan di laman Facebook untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain dan perbincangan dibuat mengenai tajuk yang dipilih..

Thursday, 6 October 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum wbt..

Minggu ketiga
Pada minggu ini,pelajar diberi peluang untuk mengemaskini email dan tugasan yang diberi oleh Dr Siti Fatimah Bt Mohd Yassin.Pada hari tersebut,Puann Norhafizah bertindak sebagai moderator.Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan email diajukan kepada beliau.Selain itu,kami juga diberi peluang untuk mengajukan soalan-soalan berkaitan kursus ini.

Wednesday, 5 October 2011

Komputer Dalam Pendidikan

Minggu Keempat

Assalamualaikum...
Kelas pada hari ini, saya diberi masa untuk menyiapkan tugasan bagi minggu ketiga dan minggu keempat.Tajuk yang kumpulan saya pilih ialah Etika dalam Komputer.Dalam kelas ini juga Puan Norhafizah telah memperkenalkan yahoo dokumen.
Langkah-langkah bagi membuat yahoo dokumen tersebut ialah;
  (1)pergi laman web gmail dan sign in menggunakan email gmail
  (2)Kemudian tekan di perkataan 'dokumen'
  (3)selepas itu,tekan pekataan 'Create'
  (4)tuliskan tugasan penuh mengenai tugasan yang dipilih oleh ahli kumpulan masing-masing.
  (5)Kemudian tekan pada perkataan 'share' dan dokumen tersebut akan dipaparkan pada laman
      yahoo group.
Assalamualaikum...kepada pecinta blog.

Minggu kedua
Pengenalan kelas Komputer Dalam Pendidikan oleh Dr Siti Fatimah Bt Mohd Yassin dan juga Pensyarah bagi makmal S1K4,iaitu Puan Norhafizah Bt Adnan.Dr juga telah menerangkan proforma bagi kursus tersebut dan juga sebagai panduan sepanjang kursus ini diambil.Kemudian pelajar didedahkan untuk membuat beberapa akaun email,antaranya ialah:
            (1)yahoo email
            (2)gmail email
            (3)facebook Group
            (4)Blog
            (5)Groups email
           (6)facebook username

Komputer Dalam Pendidikan

Assalamualaikum wbt..

Minggu Pertama
Pendaftaran bagi pelajar tahun satu ke Fakulti Pendidikan.Palajar baru diberi penerangan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak fakulti.